Yunani Mykenai

Tamadun Mykenai
Julat geografiTanah Besar Yunani, kepulauan Aegea dan Anatolia Barat
ZamanZaman Gangsa
Tarikhs. 1750–1050 SM
Tapak jenisMykenai
Tapak utamaPylos, Tiryns, Midea, Orkhomenos, Iolkos
Ciri-ciriSistem pentadbiran, ekonomi dan budaya berpusat di istana

Tembok Kyklopes

Rekod bahasa Yunani dalam tulisan Linear B
Didahului olehTamadun Minos, Budaya Korakou, Budaya Tiryns
Diikuti olehZaman Kelam Yunani

Munculnya ketamadunan besar maju di tanah besar Yunani bertumpu di Mykenai pada fasa terakhir Zaman Gangsa purba, merangkumi tempoh sekitar 1750 hingga 1050 SM dengan negeri-negeri beristana, bandar terancang, karya seni, dan sistem penulisan hasil pertembungan dengan budaya-budaya selaut Mediterranean lain terutamanya Minos untuk membangunkan budaya sosiopolitik yang lebih canggih. Kota-kota pusat lain tamadun ini muncul termasuk Pylos, Tiryns, dan Midea di Peloponnesos, Orkhomenos, Thebes, dan Athens di Yunani Tengah, serta Iolkos di Thessalia. Penempatan Mykenai juga muncul di Epirus, Macedonia, pulau-pulau di Laut Aegea, pantai barat daya Asia Kecil, dan Cyprus (Kypros), manakala penempatan terpengaruh muncul sejauh Syam dan semenanjung Itali.

Penduduk ketamadunan ini memperkenalkan beberapa inovasi dalam bidang kejuruteraan, seni bina dan infrastruktur ketenteraan, sementara perdagangan merentasi kawasan luas Mediterranean adalah penting kepada ekonomi mereka. Sistem tulisan suku kata mereka, Linear B, menawarkan rekod bertulis pertama bahasa Yunani, dan agama mereka sudah pun memasukkan beberapa dewa yang juga terdapat dalam para dewata Olympus. Yunani Mykenai didominasi oleh masyarakat elit pejuang dan terdiri daripada rangkaian negara berpusat istana yang membangunkan sistem hierarki, politik, sosial, dan ekonomi yang tegar. Ketua masyarakat ini adalah raja, yang dikenali sebagai wanax.

Tamadun ini runtuh seiring yang berlaku seZaman Gangsa di Mediterranean timur, diikuti oleh Zaman Gelap, tempoh peralihan tanpa rekod yang membawa kepada zaman baharu beranjakan ketara berlaku dari bentuk organisasi sosioekonomi berpusatkan istana kepada bentuk yang terpencar (termasuk penggunaan besi yang meluas). Pelbagai teori telah dikemukakan untuk penamat tamadun ini, antaranya serangan Doria atau aktiviti berkaitan "Bangsa-Bangsa Laut". Teori lain seperti bencana alam dan perubahan iklim juga telah dicadangkan. Zaman Mykenai menjadi latar sejarah banyak kesusasteraan Yunani purba dan mitologi, termasuk Kitaran Epik Trojan.