Kalendar Hindu
Kalender Hindu (bahasa Inggeris: Hindu calendar) yang digunakan sejak zaman purbakala telah menjalani pelbagai perubahan menerusi proses penyetempatan, maka kini wujudnya pelbagai kalendar India yang berbeza-beza di samping satu kalendar kebangsaan India. Antara kalendar Hindu setempat yang terkemuka ialah kalendar Nepal, kalendar Benggala, kalendar Malayalam, kalendar Tamil, kalendar Telugu dan sebagainya.
Kebanyakan kalendar ini diwarisi daripada sebuah sistem yang mula-mula disebutkan dalam Vedāṅga Jyotiṣa, iaitu tambahan pada Veda yang terbit pada lewat zaman Sebelum Masihi, dipiawaikan dalam Sūrya Siddhānta (abad ke-3 M) dan seterusnya diperbaharui oleh para ahli astronomi seperti Āryabhaṭṭa (499 M), Varāhamihira (abad ke-6 M), dan Bhāskara II (abad ke-12 M). Perbezaan dan kelainan antara tempat timbul dalam pengiraan ni, namun yang berikut merupakan sekilas am kalendar qamari-suria Hindu.