Tacloban

Tacloban
Peta Bisayak Timur dengan Tacloban dipaparkan
Tacloban
Lokasi di Filipina
Koordinat: 11°14′N 125°00′E / 11.24°N 125°E / 11.24; 125
NegaraFilipina
DaerahBisayak Timur
WilayahBisayak Timur
Barangay138
Tarikh asas1770
Pentadbiran
 • Pengundi146,293 (23 Januari 2025)
Keluasan
 • Jumlah201.72 km2 (77.88 batu persegi)
Aras
40 m (130 ft)
Penduduk
 (1 Julai 2024) 
 • Jumlah259,353
 • Kepadatan1,300/km2 (3,300/batu persegi)
 • Bilangan rumah
57,251
 • Demonim
Taclobanon
Ekonomi
 • Kelas pendapatanpendapatan kelas pertama bandar
 • Kadar kemiskinan10.70% (2021)
Zon waktuUTC+8
Poskod
6500
PSGC
0831600000
Kod kawasan+63 (0)53
Jenis iklimIklim khatulistiwa
Bahasa peribumibahasa Warai
bahasa Tagalog
Laman sesawangwww.tacloban.gov.ph

Tacloban atau lebih dikenali sebagai Bandar Tacloban (Waray: Siyudad han Tacloban, Tagalog: Lungsod ng Tacloban, Cebuano: Dakbayan sa Tacloban, Cina Ringkas: 独鲁万; Cina Tradisional: 獨魯萬) ialah sebuah bandar pelabuhan di Filipina. Ia berada sekitar 360 batu di tenggara Manila. Ia merupakan ibu daerah Leyte di samping merupakan pusat wilayah Visayas Timur. Ia merupakan bandar pertama di Visayas Utara yang dikelaskan sebagai Bandar Berkepadatan Tinggi. Bandar terbesar dari segi jumlah bilangan penduduk ini dianggap sebagai pusat kawasan Visayas Timur atau Kawasan Region VIII. Ia pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan Komanwel Filipina bermula pada 20 Oktober 1944 sehingga 27 Februari 1945. Bandar ini mempunyai jumlah penduduk seramai 259,353 dalam isi rumah 57,251. Ia mempunyai luas 201.72 kilometer persegi dan ketinggian 40 meter di atas permukaan laut. Ia diberikan dengan kod kawasan telefon +63 (0)53 dan poskod 6500.