Tabariyah

Tabariyah

Tabariyah
Location within Israel's North District
Daerah
Kerajaan Bandar (from 1948)
Ibrani טְבֶרְיָה
Arab طبرية
Maksud nama Kota Tiberius
Juga dieja Tverya (officially)
Populasi 39,700 (2007)
Luas 10,872 dunam (10.872 km2; 4.198 bt2)
Diasaskan pada c. 20 CE
Koordinat 32°47′23″N 35°31′29″E / 32.78972°N 35.52472°E / 32.78972; 35.52472
Tapak web www.tiberias.muni.il

Tabariyah (Arab: طَبَرِيَّا, rumi: Ṭabariyyā atau طَبَرِيَّةṬabariyyah, Ibrani: טְבֶרְיָה, Ṭəḇeryā; Latin: Tiberias) ialah sebuah kota di pesisiran Tasik Tabariyah utara kawasan Palestin taklukan Israel.

Ia didirikan Herodes pada 20 TM yang kemudiannya dinamakan sempena Maharaja Tiberius. Ia menjadi tumpuan banyak orang Yahudi selatan Syam ("tanah Israel") yang diusir dari Yerusalem yang musnah berikutan peperangan menentang empayar Rom dari 66 hingga 135 Masihi. Pada abad-abad kedua hingga sepuluh Masihi, ia menjadi kota diduduki Yahudi terpesat di rantau Jalil. Banyak penulisan utama anutan Yahudi yakni Masnah dan Talmud dibukukan di sana sekaligus menjadi antara empat kota utama ditumpukan umat Yahudi selain Yerusalem, Khalil dan Safad. Ia menjadi ibukota daerah Urdun sepanjang zaman kerajaan Rasyidin, Umayyah, Abbasiyyah dan Fatimiyah yang menyaksikan pembangunan hebat sebagai suatu tempat perdagangan sampailah peralihan kuasa ke Safad pada zaman Kesultanan Mamluk.

Perang saudara yang meletus dan merebak menjadi fasa pertama Nakbah berikutan pengumuman Pelan Pembahagian Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyebabkan warga Arab yang diancam serangan Ganah terpaksa dipindahkan keluar oleh pihak Bermandat yang turut menghalang dari masuk semula. Banyak orang Yahudi yang berhijrah ke sini atas petempatan dijanjikan Israel yang merobohkan banyak binaan Kota Lama di sana.