THR.fm
| Bandar | Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia |
|---|---|
| Kawasan penyiaran | Semenanjung Malaysia kecuali di (Raaga) & Pantai Timur, Semenanjung Malaysia (Gegar) |
| Jenama | |
| Slogan | Aahaa…Sirantha Isai! (Raaga), Pilihan #1 Pilihan Timur (Gegar) |
| Tarikh siaran pertama | 9 September 1994 |
| Tarikh siaran terakhir | 1 Januari 2005 |
| Bahasa | Inggeris |
| Pemilik | Astro Malaysia Holdings Berhad, di bawah Astro Radio |
| Tapak web | THR Raaga & THR Gegar Online (arkib) |
Radio Lebuhraya Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai TIME Highway Radio, secara rasmi disingkat sebagai THR.fm, dengan tanda titik) ialah nama sebuah stesen radio komersial swasta Malaysia yang pertama, terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Juga telah dikendali oleh Astro Radio (dahulu dikenali sebagai AMP Radio Networks) sejak 2005, stesen ini berasal daripada inisiatif dan pada berapa ketika ialah sebuah stesen rasmi kerjasama TIME Engineering Berhad sebuah syarikat dimiliki oleh Datuk Zaki Tun Azmi dan nama ini mencadangkan stesen ini menyasarkan penguna jalan raya/lebuh raya dengan laporan trafik dan hiburan. Ia memulakan satu era baru dalam babak penyiaran Malaysia sebagai ia sebuah stesen pertama untuk memberi alternaltif stesen Radio Televisyen Malaysia milik kerajaan dan ia permulaan sebuah persaingan keras pada pendengar penutur bahasa Inggeris. THR.fm sekarang beroperasi sebagai radio Tamil No. 1 (Raaga) dan radio Melayu Pantai Timur No. 1 (Gegar) di Malaysia, 2008. Bagi di luar Pantai Timur, Gegar juga boleh didengari menerusi saluran Astro 863 aplikasi mudah alih Syok secara percuma di telefon pintar menerusi App Store dan Google Play dan juga secara dalam talian.