T108 (bas Rapid KL)
| T108 | ||||
|---|---|---|---|---|
| MRT Sri Damansara Sentral–Taman Bukit Maluri/Bandar Meanjalara | ||||
Bas Rapid KL laluan T108 di Selangor, Malaysia | ||||
| Gambaran menyeluruh | ||||
| Pengendali | Rapid KL (Rapid Bus) | |||
| Status | Beroperasi | |||
| Perkhidmatan bermula | 16 Jun 2022 | |||
| Waktu malam | Ada | |||
| Laluan | ||||
| Jenis laluan | Laluan perantara | |||
| Lokasi | Lembah Klang, Malaysia | |||
| Melalui petempatan | Bandar Sri Damansara, Taman Bukit Maluri, Bandar Menjalara, Villa Manja Sunway SPK Damansara | |||
| Melalui mercu tanda | Senarai mercu tanda
| |||
| Titik mula | Hab Bas MRT Sri Damansara Sentral (Pintu A) | |||
| Melalui | Senarai jalan raya
| |||
| Titik tamat | Hab Bas MRT Sri Damansara Sentral (Pintu A) | |||
| Hentian/stesen bas | 21 hentian | |||
| Perkhidmatan/servis | ||||
| Jenis perkhidmatan | Perkhidmatan bas pengangkutan awam | |||
| Kekerapan | 30–45 minit | |||
| Hari operasi | Setiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam) | |||
| Zon | Koridor Jalan Ipoh | |||
| Pertukaran ke laluan lain |
| |||
| ||||
Laluan bas T108 (Laluan MRT Sri Damansara Sentral–Taman Bukit Maluri/Bandar Menjalara) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T108 merupakan sebuah laluan bas perantara dari Stesen MRT Sri Damansara Sentral di Persiaran Dagang, Bandar Sri Damansara menuju ke kawasan kejiranan dalam Bandar Sri Damansara, Taman Bukit Maluri, Bandar Menjalara, dan sebahagian Villa Manja Sunway SPK Damansara.
Laluan bas ini berkhidmat di 21 buah hentian bas, dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Jun 2022, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Putrajaya (PYL) fasa pertama dari stesen Kwasa Damansara ke stesen Kampung Batu. Laluan bas T108 merupakan satu daripada 14 buah laluan bas perantara MRT Laluan Putrajaya yang memulakan perkhidmatannya serentak dengan MRT Laluan Putrajaya. Laluan bas T108 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.