T106 (bas Rapid KL)

T106
MRT Sri Damansara Barat–Bandar Sri Damansara
Bas Rapid KL laluan T106 di Selangor, Malaysia
Gambaran menyeluruh
PengendaliRapid KL (Rapid Bus)
StatusBeroperasi
Perkhidmatan bermula16 Jun 2022 (2022-06-16)
Mantan pengendaliTiada
Waktu malamAda
Laluan
Jenis laluanLaluan perantara
LokasiLembah Klang, Malaysia
Melalui petempatanBandar Sri Damansara, Petaling Jaya
Melalui mercu tanda
Titik mulaHab MRT Sri Damansara Barat (Pintu A)
Melalui
  • Jalan Cempaka SD 12/5
  • Persiaran Margosa
  • Persiaran Perdana
  • Persiaran Meranti
  • Persiaran Kenanga
Titik tamatHab MRT Sri Damansara Barat (Pintu A)
Hentian/stesen bas17 hentian
Perkhidmatan/servis
Jenis perkhidmatanPerkhidmatan bas pengangkutan awam
Kekerapan30–45 minit
Hari operasiSetiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam)
ZonKoridor Jalan Ipoh
Pertukaran ke laluan lain
← T105  Laluan bas di Lembah Klang  T107 →

Laluan bas T106 (Laluan MRT Sri Damansara Barat–Bandar Sri Damansara) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T106 merupakan sebuah laluan bas perantara dari Stesen MRT Sri Damansara Barat di Jalan Cempaka SD 12/5 menuju ke seluruh kawasan petempatan dalam Bandar Sri Damansara. Memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, selari dengan pembukaan MRT Laluan Putrajaya (PYL) fasa pertama, laluan bas ini mempunyai 17 buah hentian bas. Laluan bas T106 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.