Tōsen Kaname

Watak Bleach
Kaname Tōsen
Peranan Bekas kapten shinigami Divisyen ke-9; penolong kanan dalam tentera arrancar Aizen Sōsuke
Tarikh lahir 13 November
Zanpakutō Suzumushi
Seiyū Toshiyuki Morikawa
Pelakon suara latar J. B. Blanc

Tōsen Kaname (東仙 要) ialah seorang watak fiksyen dalam siri anime dan manga Bleach yang dicipta oleh Tite Kubo. Tōsen pada awalnya merupakan kapten dalam Gotei 13 Divisyen ke-9, namun telah meninggalkan Soul Society untuk mengejar cita-cita lain. Leftenan dan pengganti sementaranya ialah Hisagi Shūhei. Dalam bancian Shonen Jump terkini, dia menduduki tempat ke-25.