Syarikat Penerbangan Diraja Brunei

Royal Brunei Airlines
Penerbangan DiRaja Brunei
ڤنربڠن دراج بروني
IATA ICAO Pengenal
BI RBA BRUNEI
Ditubuhkan18 November 1974 (1974-11-18)
Bermula operasi14 Mei 1975 (1975-05-14)
Hab
Program kesetiaanRoyal Skies
SubsidiariRB Link
Pesawat14 (Jumlah Keseluruhan Armada)
Destinasi44 (Jumlah Keseluruhan Destinasi)
25 (Tidak Termasuk Destinasi Yang Ditamatkan)
Syarikat indukKerajaan Brunei Darussalam
Ibu pejabatBandar Seri Begawan, Brunei
Orang penting
  1. Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah (Pengerusi)
  2. Dermot Mannion (Timbalan Pengerusi)
  3. Karam Chand (CEO)
Laman webwww.flyroyalbrunei.com/brunei/en

Penerbangan DiRaja Brunei ataupun Royal Brunei Airlines (Melayu: Penerbangan DiRaja Brunei, Jawi: ڤنربڠن دراج بروني‎) ialah Syarikat Penerbangan rasmi bagi Negara Brunei Darussalam, beribu pejabat di Kampus RB di Bandar Seri Begawan. Ia dimiliki sepenuhnya oleh pemerintah Brunei. Pusatnya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas, di sebelah utara Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei.

Dibentuk pada tahun 1974 dengan awal sebanyak dua armada siri Boeing 737-200, yang melayani Singapura, Hong Kong, Kota Kinabalu dan Kuching, Royal Brunei Airlines kini beroperasi ke 32 destinasi di Asia Tenggara, Timur Tengah (Asia Barat), Eropah, dan Australia. Jumlah armada dan jenisnya meningkat secara mendadak pada tahun 1990-an.