RB Link
| |||||||
| Ditubuhkan | - (tiada data yang tersedia) | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Bermula operasi | 29 Julai 2019 | ||||||
| Operasi ditamatkan | 2020 (bergabung semula ke Penerbangan DiRaja Brunei) | ||||||
| Hab | |||||||
| Pesawat | 2 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini) | ||||||
| Destinasi | 7 (jumlah keseluruhan destinasi) 0 (sejak tahun 2020) | ||||||
| Syarikat induk | Royal Brunei Airlines | ||||||
| Ibu pejabat | Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam | ||||||
| Laman web | www | ||||||
RB Link adalah jenama syarikat penerbangan yang berasingan yang dimiliki oleh Syarikat Penerbangan Royal Brunei Airlines di bawah perkongsian bersama dengan Syarikat Penerbangan Malindo Air . Royal Brunei Airlines menggunakan jenama ini untuk mengendalikan penerbangan serantau di sekitar Borneo, terutama ke bandar-bandar di Malaysia dan Indonesia . Ia menggunakan kod IATA, Kod ICAO, dan Nama Panggilan yang sama dengan Royal Brunei Airlines dengan pangkalannya juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei . Semua pesawat, penyelenggaraan, insurans dan kakitangannya akan disediakan oleh Syarikat Penerbangan Malindo Air namun perkhidmatan dan kemudahan di atas kapal akan disediakan oleh Syarikat Penerbangan Royal Brunei Airlines . Kakitangan juga akan dilatih mengikut standard perkhidmatan Syarikat Penerbangan Royal Brunei Airlines .
RB Link memulakan penerbangan pertamanya pada Tarikh 29 Julai 2019 ke Kota Kinabalu . Ia akan bermula dengan dua pesawat ATR 72-600 baharu, yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Malindo Air, untuk memulakan perkhidmatan.
Pada Mac 2020, syarikat penerbangan itu mengumumkan bahawa ia akan menggantung operasinya buat sementara waktu berikutan Pandemik COVID-19, sekatan sempadan dan permintaan perjalanan yang merosot dan akibatnya RB Link digabungkan kembali ke Penerbangan DiRaja Brunei.