Syafiq Farhain
Syafiq Farhain | |
|---|---|
| Kelahiran | Nursyafiq Farhain bin A.M Salim 19 Februari 1994 |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara, ahli Bomba |
| Tahun aktif | 2016–kini |
| Ketinggian | 1.75 m (5 ka 9 in) |
| Pasangan | Alia Nadia (k. 2021) |
| Anak-anak | Eshal Zahra, 1 |
| Ibu | Napisah Muhammad Juwita |
| Bapa | Allahyarham Saleem |
Nursyafiq Farhain bin A.M Salim atau lebih dikenali sebagai Syafiq Farhain (lahir 19 Februari 1994) merupakan seorang ahli bomba dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau merupakan anak keempat penyanyi lagenda Malaysia, Allahyarham Saleem. Beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim pertama, di mana beliau menyandang gelaran naib juara pada 2018. Beliau mula dikenali melalui applikasi Smule dengan dendangan lagu Mimpi Yang Pulang yang dipopularkan oleh kumpulan Iklim.