Swakepala
Swakepala (Yunani: αὐτοκεφαλία, rumi: autokephalia, bahasa Inggeris: autocephaly) menerangkan kedudukan sesebuah aliran dalam agama Kristian yang tidak menetapkan uskup tertingginya melaporkan ke darjat lebih tinggi. Hal ini biasa dijumpai pada aliran-aliran gereja Ortodoks Timur dan Oriental.