Susu tumbuhan

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Sari tumbuhan

Sari tumbuhan (Cina ringkas: ; Cina tradisional: 漿; pinyin: jiāng, bahasa Inggeris: plant milk "susu tumbuhan") berwarna keputihan dan rasa berlemak seperti susu malah diminum seumpamanya sama ada langsung atau ditambahkan ke dalam masakan sebagai pengganti tenusu. Kandungan proteinnya pula berbeza-beza mengikut sumber tumbuhan asal. Ia tidak mengandungi laktosa atau kolesterol, dan biasanya dijual dengan tambahan kalsium dan vitamin, terutamanya B12.

Terdapat beberapa sebab untuk mengambil air sari tumbuhan: sebab etika (kebajikan haiwan), keperihatinan terhadap alam sekitar, sebab kesihatan termasuk kekurangan daya cerna laktosa, alahan susu dan PKU; amalaan pemakanan termasuk veganisme dan ovo-vegetarianisme atau agama, seperti dalam beberapa mazhab Kristian sebelum Paskah; atau kerana citarasa sendiri.