Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negara

Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negara Dewan Negara
سوروهنجاي ڤڽليياٴن دان ڤنتدبيرن اسيت ميليق نݢارا ديوان نݢارا
国务院国有资产监督管理委员会
Guówùyuàn Guóyǒu Zīchǎn Jiāndū Guǎnlǐ Wěiyuánhuì
Intisari agensi
Dibentuk10 Mac 2003 (2003-03-10)
Ibu pejabatBeijing
Eksekutif agensi
  • Hao Peng, Setiausaha Jawatankuasa Parti
  • Xiao Yaqing, Pengerusi dan Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti
Agensi induk
Dewan Negara Republik Rakyat China
Laman sesawang
www.sasac.gov.cn

Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negara Dewan Negara (SASAC) adalah sebuah suruhanjaya khas di bawah Dewan Negara Republik Rakyat China. Suruhanjaya ini telah ditubuhkan pada tahun 2003 melalui penggabungan beberapa kementerian berkaitan industri yang lain. SASAC bertanggungjawab dalam menguruskan perusahaan milik negara (PMN), melantik eksekutif tertinggi dan meluluskan sebarang gabungan atau juakan saham dan aset serta menggubal undang-undang berkaitan dengan PMN.

Setakat tahun 2021, perusahaan-perusahaan di bawah SASAC mempunyai aset gabungan bernilai CN¥194 trilion (RM128 trilion) dengan hasil lebih daripada CN¥30 trilion (RM19 trillion), dan nilai saham dianggarkan bernilai CN¥65 trilion (RM43 trilion). Ini menjadikannnya entiti ekonomi terbesar di dunia.