Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan
Republik Rakyat China
中华人民共和国国家卫生健康委员会
Zhōnghuá Rénmín Gònghéguó Guójiā Wèishēng Jiànkāng Wěiyuánhuì
Intisari agensi
Dibentuk19 Mac 2018 (2018-03-19)
Agensi terdahulu
  • Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Kebangsaan
Bidang kuasa
 Republik Rakyat China
Ibu pejabatBeijing
Menteri bertanggungjawab
  • Ma Xiaowei, Menteri bertanggungjawab untuk Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan
Agensi induk
Majlis Negara
Laman sesawang
en.nhc.gov.cn

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC; Tulisan Cina Ringkas: 国家卫生健康委员会; Cina Tradisional: 國家衛生健康委員會; pinyin: Guójiā Wèishēng Jiànkāng Wěiyuánhu; Jawi: سوروهنجاي كصيحتن كبڠسأن) Republik Rakyat China adalah jabatan eksekutif kabinet di bawah Majlis Negara Republik Rakyat China yang bertanggungjawab untuk kebersihan dan kesihatan di negara ini. Ia ditubuhkan pada 19 Mac 2018. Kementerian itu beribu pejabat di Beijing. Suruhanjaya itu diketuai oleh orang berpangkat Menteri Kabinet di Majlis Negara. Ma Xiaowei adalah Menteri semasa yang bertanggungjawab bagi Suruhanjaya dan Setiausaha Cawangan Parti. Pendahulu kepada suruhanjaya ini adalah Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Kebangsaan.