Super Aguri F1

Super Aguri
Nama penuhSuper Aguri F1
PangkalanPusat Teknikal Leafield, Oxfordshire, UK
PengasasAguri Suzuki
Kakitangan terbaikMark Preston
Daniele Audetto
Pemandu terbaik Takuma Sato
Anthony Davidson
Franck Montagny
Sakon Yamamoto
Yuji Ide
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Perlumbaan pertamaGrand Prix Bahrain 2006
Perlumbaan39
Kejuaraan
Pengeluar
0 (Keputusan terbaik; Ke-9, 2007)
Kejuaraan
Pemandu
0 (Keputusan terbaik; Ke-17, Sato, 2007)
Kemenangan perlumbaan0
Mata4
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan terakhirGrand Prix Sepanyol 2008

Super Aguri F1 ialah sebuah bekas pasukan Formula Satu yang bertanding dari tahun 2006 hingga 2008. Pasukan ini ditubuhkan oleh bekas pemandu Formula Satu, Aguri Suzuki. Pasukan ini berpangkalan di Tokyo, Jepun, namun beroperasi di bekas kilang pasukan Arrows di Pusat Teknikal Leafield, Oxfordshire. Kereta pasukan ini digelar sebagai Super Aguri Hondas, di mana pasukan ini digunakan sebagai 'pasukan-B' Honda secara tidak rasmi. Di Jepun, tekanan dari orang awam telah memujuk Honda untuk membantu bekas pemandu mereka, Takuma Sato, untuk terus bersaing dalam Formula Satu. Ini merupakan pengaruh dalam penciptaan projek Super Aguri dan menerima bekalan enjin dari Honda. Selepas mengambil bahagian dalam kejuaraan dunia selama 2 tahun dan 4 bulan, pasukan ini kemudiannya menarik diri dari Formula Satu selepas empat perlumbaan dalam musim 2008 kerana masalah kewangan. Super Aguri mendapat empat mata kejuaraan dalam sejarah perlumbaan mereka. Kesemua mata tersebut diperoleh daripada Sato, dan kesemuanya diperoleh pada musim 2007.