Sungai Rhine
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Sungai Rhein
| Kedudukan | Switzerland, Liechtenstein, Austria, Jerman, Perancis, Belanda |
| Muara | Hoek van Holland di Laut Utara. |
| Panjang | 1,230 km |
| Sumber | Vorderrhein di Oberalppass (Surselva), Hinterrhein di Rheinwaldhorn |
| Ketinggian sumber | Vorderrhein: lebih kurang 2,600 m (8,500 kaki) Hinterrhein: lebih kurang 2,500 m (8,200 kaki). |
| Luas kawasan tadahan: | 198,735 km2 |
| Penduduk di kawasan tadahan | k.k. 50 juta |
| Bandar utama | Basel, Strasbourg, Breisach, Karlsruhe, Mannheim, Ludwigshafen, Wiesbaden, Mainz, Koblenz, Bonn, Cologne, Düsseldorf, Neuss, Krefeld, Duisburg, Arnhem (Nederrijn), Nijmegen (Waal), Utrecht (Kromme Rijn), Rotterdam (Nieuwe Maas). |
| Bandar kecil | Konstanz, Schaffhausen,Speyer, Worms, Bingen, Rüdesheim, Neuwied, Andernach, Bad Honnef, Königswinter, Niederkassel, Wesseling, Dormagen, Zons, Monheim, Wesel, Xanten, Emmerich, Zutphen (IJssel), Deventer (IJssel), Zwolle (IJssel), Kampen (IJssel) |
| Anak sungai (kanan) | Hinterrhein, Ill (Austria), Schussen, Wutach, Alb,Wiese, Elz, Kinzig, Rench, Acher, Murg, Alb, Pfinz, Neckar, Main, Lahn, Wied, Sieg, Wupper, Düssel, Ruhr, Emscher, Lippe, Oude IJssel (Issel), Berkel |
| Anak sungai (kiri) | Thur, Töss, Aare (Aar), Birs, Birsig, Ill (France), Moder, Lauter, Nahe, Moselle (Mosel), Nette, Ahr, Erft, Meuse (Maas) |
| Pelabuhan | Rheinhäfen beider Basel, Strasbourg, Kehl, Karlsruhe, Wörth am Rhein, Germersheim, Speyer, Ludwigshafen, Mannheim, Worms, Gernsheim, Mainz, Lahnstein, Koblenz, Andernach, Godorf / Wesseling, Cologne-Niehl, Leverkusen, Dormagen, Neuss, Düsseldorf, Krefeld, Duisburg-Ruhrort, Orsoy, Walsum, Rheinberg, Wesel, Emmerich am Rhein, Nimwegen, Dordrecht, Rotterdam |
| Laluan Perkapalan | 883 km |
Sungai Rhein (bahasa Inggeris: Rhine) antara sungai yang terpanjang dan terpenting di benua Eropah dengan panjang keseluruhannya 1,230 kilometer (820 batu) dan aliran purata melebihi 2,000 meter padu sesaat; ia terbit dari kanton Graubünden di utara Banjaran Alps terangkum dalam kawasan pendudukan bangsa Jerman di Switzerland mengalir ke utara sepanjang pedalaman Jerman terutamanya Rheinland hingga ke muara-muara pamah Belanda. Sungai Rhein dan juga Danube membentuk sebahagian besar sempadan utara Empayar Rom, dan sejak itu, Rhein telah menjadi laluan air terpenting dengan membawa barang-barang dagangan dari kawasan pedalaman.Rhein juga berfungsi sebagai benteng pertahanan,dan juga menjadi asas kepada sempadan serantau mahupun antarabangsa.Pelbagai istana-istana dan kubu-kubu lama di sepanjang sungai Rhein membuktikan kepentingannya sebagai laluan air utama - pengguna laluan ini biasanya singgah di sini untuk memunggah barang-barang dagangan.
Nama Rhein ini berasal daripada bahasa Celt, iaitu Renos (yang mengalir), yang berasaskan kata dasar Proto-Indo-Eropah, *rei- (mengalir). Perkataan ini dipercayai menjadi asas kepada kata kerja Inggeris "to run", kata kerja Jerman "rinnen", dan juga perkataan Yunani, "rhëin", dengan kesemuanya membawa maksud mengalir. Perkataan ini juga dikaitkan dengan satu pepatah Yunani, Πάντα ῥεῖ καὶ οὐδὲν μένει (semuanya mengalir, tiada yang kaku).