Sungai Kaveri
| Kaveri காவிரி Cauvery | |
|---|---|
Cauvery | |
| Lokasi | |
| Negara | India |
| Wilayah | India Selatan |
| Negeri | Karnataka, Tamil Nadu, Kerala, Puducherry |
| Ciri-ciri fizikal | |
| Sumber | Banjaran Gat Barat |
| • lokasi | Talakaveri, Kodagu, (Coorg) Karnataka |
| • koordinat | 12°23′N 75°29′E / 12.383°N 75.483°E |
| • ketinggian | 1,341 m (4,400 ka) |
| Muara | Teluk Bengal |
| Panjang | 800 km (500 bt) |
| Aliran | |
| • maksimum | 4,075 m3/s (143,900 ka3/s) |
| Ciri-ciri lembangan | |
| Anak sungai | |
| • kiri | Harangi, Hemavati, Shimsha, Arkavati, Sarabanga, Thirumanimutharu |
| • kanan | Lakshmana Tirtha, Kabini, Bhavani, Noyyal, Sungai Amaravati, Moyar |
Kaveri (juga dikenali sebagai Cauvery, ) ialah sungai utama yang mengalir merentasi India Selatan . Ia adalah sungai ketiga terbesar di rantau Indai Selatan selepas Godavari dan Krishna . Kawasan tadahan lembangan Kaveri dianggarkan 81,155 km2 (31,334 bt2) dan merangkumi negeri Tamil Nadu, Karnataka, Kerala, dan wilayah kesatuan Puducherry .
Sumer sungai ini adalah dekat Talakaveri di banjaran Brahmagiri di Banjaran Gat Barat. Sungai ini mengalir sepanjang 320 Km melalui Penara Dakkan di Karnataka sebelum masuk ke negeri Tamil Nadu. Ia mengalir 416km di Tamil Nadu sehingga sampai ke muaranya di Teluk Bengal.Panjang penuh sungai ini ialah 800Km.
Terdapat beberapa empangan dibina di sungai ini yang merupakan sebahagian daripada sistem pengairan yang luas dan digunakan untuk penjanaan kuasa hidroelektrik . Sungai ini telah menyokong pertanian selama berabad-abad dan telah berkhidmat sebagai talian hayat beberapa kerajaan pada masa lalu..Lembangan Kaveri ialah wilayah yang padat penduduknya, dengan beberapa pekan dan bandar terletak di tebingnya.
Sungai ini dianggap suci oleh penduduk India Selatan dan dianggap sebagai di antara tujuh sungai suci yang terdapat di India. Sungai ini sering dipersonifikasikan dan disembah sebagai dewi Kaveri. Sungai ini disebut dalam pelbagai teks agama Hindu termasuk Mahabharata dan Purana . Dalam kesusasteraan Tamil purba, sungai itu dirujuk sebagai Ponni yang bermaksud "emas".