Sungai Johor
| Sungai Johor | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Negara | Malaysia |
| Ciri-ciri fizikal | |
| Sumber | Gunung Gemuruh |
| Muara | Selat Johor |
| Panjang | 122.7 km |
Sungai Johor merupakan sungai utama di negeri Johor, Malaysia. Sungai ini adalah sepanjang 122.7 kilometer dan mengalir ke arah tenggara Johor, berasal dari Gunung Gemuruh dan akhirnya mengalir keSelat Johor. Kawasan tadahannya berbentuk tidak sekata. Anak-anak sungainya yang penting termasuklah Sungai Sayong, Linggiu, Tiram dan Lebam. Tebingnya juga terletaknya ibu negeri Johor. Jambatan Sungai Johor, secara rasmi dibuka pada Jun 2011, merupakan jambatan pertama merentasinya dan kini merupakan jambatan sungai terpanjang di Malaysia.