Sungai Chicago

Chicago River
Sungai Chicago, Ogos 2015
Country Amerika Syarikat
State Illinois
Major city Chicago
Length 156 mi (251 km)
Peta sungai dan arah aliran, sebelum dan selepas aliran dibangunkan semula melalui sistem terusan. Perhatikan "Before" (sebelum) tidak menunjukkan Terusan Illinois dan Michigan (dibuna pada 1848) yang secara amnya tidak memberi kesan arah aliran.

Sungai Chicago merupakan sebuah sungai sepanjang 156 batu (251 km) yang mengalir di bandar Chicago, Illinois, Amerika Syarikat. Meskipun ia bukanlah sungai yang panjang, namun ia menjadi sebab Chicago menjadi sebuah tempat yang penting, iaitu sebagai penghubung Tasik-Tasik Besar Amerika dan Sungai Mississippi. Sungai ini juga merupakan satu-satunya sungai di dunia yang mengalir bertentangan arah dari arah semulajadi oleh kejuruteraan awam.

Pada abad ke-19, melalui kecanggihan kejuruteraan awam, aliran sungai telah diterbalikkan menuju ke lembah Sungai Mississippi, jauh dari Tasik Michigan. Ini dilakukan atas sebab sanitasi. Selain itu, Sungai Chicago juga terkenal sebagai sungai yang diwarnakan hijau semasa Hari Santo Patrick. Sungai ini dikawal untuk laluan bot dan kapal.