Hari Santo Patrick

Hari Santo Patrick
Perayaan Hari St Patrick di Cork, Ireland, 2004.
Juga dikenali sebagai
St Patrick's Day
St Paddy's Day
Patrick's Day
Paddy's Day
Diraikan oleh/di
Rakyat Ireland dan penduduk dunia berketurunan Ireland
JenisKebangsaan, Etnik, Kristian
SambutanMenghadiri misa atau sembahyang di gereja, menyertai perarakan, menghadiri Céilidh, memakai syamrok, memakai serba hijau
Tarikh17 Mac

Hari Santo Patrick (bahasa Inggeris: Saint Patrick's Day, Ireland: Lá Fhéile Pádraig) ialah perayaan tahunan yang disambut pada 17 Mac, sebagai tanda memperingati bakti Santo Patrick (circa 387–493 M), santo penaung Ireland yang paling dikenali ramai. Perayaan St Patrick yang bermula sebagai perayaan Kristian yang menjadi hari kenduri pada 1600-an, bagaimanapun kini lebih berbentuk perayaan sekular kebudayaan Ireland.

Selain menjadi cuti umum di pulau Ireland (Ireland Utara dan Republik Ireland), Hari St Patrick juga disambut secara meluas di kawasan-kawasan yang diduduki oleh ramai warga berketurunan Ireland termasuk di Great Britain, Kanada, Amerika Syarikat, Argentina, Australia, New Zealand, Montserrat dan lain-lain lagi.