Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
| Sultan Ahmad Shah al-Musta’in Billah | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sultan dan raja pemerintah negeri Pahang Darul Makmur dan segala jajahan takluknya | |||||||||
| Yang di-Pertuan Agong ke-7 | |||||||||
| Pemerintahan | 26 April 1979 – 25 April 1984 | ||||||||
| Kemahkotaan | 10 Julai 1980 | ||||||||
| Didahului oleh | Sultan Yahya Petra | ||||||||
| Diikuti oleh | Sultan Iskandar | ||||||||
| Sultan Pahang | |||||||||
| Pemerintahan | 7 Mei 1974 – 11 Januari 2019 | ||||||||
| Kemahkotaan | 8 Mac 1975 | ||||||||
| Didahului oleh | Sultan Abu Bakar | ||||||||
| Diikuti oleh | Sultan Abdullah | ||||||||
| Tengku Mahkota | Tengku Abdullah | ||||||||
| Presiden AFC ke-8 | |||||||||
| Dalam jawatan 1 Ogos 1994 – 1 Ogos 2002 | |||||||||
| Didahului oleh | Hamzah Abu Samah | ||||||||
| Digantikan oleh | Mohammed bin Hammam | ||||||||
| Keputeraan | Tengku Ahmad Shah ibni Tengku Abu Bakar 24 Oktober 1930 Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Malaya (Kini Malaysia) | ||||||||
| Kemangkatan | 22 Mei 2019 (umur 88) Hospital Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||
| Pemakaman | 23 Mei 2019 Makam Diraja Masjid Sultan Abdullah, Pekan, Pahang | ||||||||
| Pasangan |
| ||||||||
| Anakanda |
| ||||||||
| |||||||||
| Kerabat | Bendahara | ||||||||
| Ayahanda | Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah | ||||||||
| Bonda | Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah | ||||||||
| Agama | Islam Sunni | ||||||||
Sultan Haji Ahmad Shah (Jawi: سلطان حاج احمد شاه, 24 Oktober 1930 – 22 Mei 2019) ialah seorang sultan dan raja pemerintah negeri di Malaysia. Baginda ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-7 yang menaiki takhta pada 26 April 1979 hingga 25 April 1984. Baginda juga ialah Sultan Pahang Moden ke-5 yang menduduki takhta pada 7 Mei 1974 hingga diturunkan takhta pada 11 Januari 2019. Baginda ialah anakanda ketiga dan putera tunggal bagi Sultan Pahang ke-4, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah.
Baginda menaiki takhta dengan memakai nama rasmi sebagai Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah (Jawi: سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله ابن المرحوم سلطان ابو بكر رعاية الدين المعظم شاه)
Selepas diturunkan takhta akibat gering, baginda dikurniakan gelaran rasmi sebagai Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.