Sukun

Sukun
Kulur
Pokok sukun di Malaysia.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Tribus:
Artocarpeae
Genus:
Artocarpus
Spesies:
A. altilis
Nama binomial
Artocarpus altilis
(Parkinson) Fosberg
Sinonim
  • Artocarpus altilis var. non-seminiferus (Duss) Fournet)
  • Artocarpus altilis var. seminiferus (Duss) Fournet
  • Artocarpus communis J.R.Forst. & G.Forst.
  • Artocarpus incisifolius Stokes [Illegitimate]
  • Artocarpus incisus (Thunb.) L.f.
  • Artocarpus incisus var. non-seminiferus Duss
  • Artocarpus incisus var. seminiferus Duss
  • Artocarpus laevis Hassk.
  • Artocarpus papuanus Diels [Illegitimate]
  • Artocarpus rima Blanco
  • Radermachia incisa Thunb. [Unplaced]
  • Saccus laevis Kuntze
  • Sitodium altile Parkinson ex F.A.Zorn

Sukun (Jawi: سوكون), kulur (Jawi: كولور‎) atau nama saintifiknya Artocarpus altilis ialah tumbuhan dalam genus Artocarpus dalam famili Moraceae serumpun dengan nangka dan cempedak. Pokok sukun dipercayai berasal dari Asia Tenggara tersebar ke Polynesia; ia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain bahkan juga tersebar ke Caribbean dan Amerika Selatan dibawa para pelayar Barat menjajah Dunia Baru.

Pokol sukun terdiri daripada dua variasi iaitu yang menghasilkan buah berbiji dan tanpa berbiji; sukun berbiji biasanya terdapat di kawasan hutan. Manakala variasi yang biasa dimakan ialah dari jenis tanpa biji.