Nangka

Untuk kegunaan lain, sila lihat: Nangka (nyahkekaburan).

Nangka
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Artocarpeae
Genus:
Artocarpus
Spesies:
A. heterophyllus
Nama binomial
Artocarpus heterophyllus
Sinonim
  • Artocarpus brasililenis L. ex Carl Linnaeus
  • Artocarpus heterophylla Lam. ex Lamarck
  • Artocarpus maxixma Blanco. ex Blancoi

Nangka (Jawi: نڠک ; nama botani: Artocarpus heterophyllus) merupakan spesies pokok dalam keluarga Moraceae serumpun dengan kertau dan bertaburan asal di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya di Uganda dan Mauritius, termasuk juga di keseluruhan Brazil.

Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara. Ia mula ditanam orang Austronesia di pulau Jawa atau Semenanjung Melayu.