Suki Low Sook Yee

Suki Low Sook Yee
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
  • Suki Low
  • Suki
Kelahiran (1990-12-26) 26 Disember 1990
Seremban, Malaysia
WarganegaraMalaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
Alat muzikSuara
Tahun aktif2006
Syarikat rakaman
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriJeremy Chong (k. 2014)
Anak
  • Chong Ethan
  • Chong Eli
  • Chong Arwen
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Suki Low Sook Yee (Cina Tradisional: 劉淑怡, Cina Ringkas: 刘淑怡, pinyin: liú shūyí; lahir 26 Disember 1990) atau lebih dikenali sebagai Suki Low atau Suki, ialah juara pertandingan One in a Million musim pertama yang merupakan pertandingan realiti menyanyi pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah sejuta ringgit kepada juaranya.

Pada pertandingan akhir pada 22 September 2006, beliau meraih 39% daripada undian penonton dengan persembahan lagu Berdiri dan Everything, lalu mengalahkan Alif Satar dan Faizal Tahir yang masing-masing meraih 27% dan 34% undian.