Sukhoi Su-57
| PAK FA | |
|---|---|
|
| |
| Peranan | Pesawat pejuang pelbagai peranan halimunan |
| Negara pengeluar | Rusia |
| Pengeluar | Sukhoi |
| Penerbangan sulung | 29 Januari 2010 |
| Mula digunakan | 2017 |
| Diperkenalkan | 25 Disember 2020 |
| Status | Aktif |
| Pengguna utama | Tentera Udara Rusia |
| Jumlah dibina | 32 buah (termasuk 10 buah prototaip) setakat Disember 2023 |
| Kos program | AS$8–10 bilion (anggr.) |
| Kos seunit | T-50: AS$50+ juta |
| Kelainan | Sukhoi/HAL FGFA |
Sukhoi PAK FA (atau PAK-FA) merupakan sebuah pesawat pejuang generasi ke-5 yang sedang dibangunkan oleh Rusia. PAK FA merupakan singkatan bagi Perspektivnyi Aviatsionnyi Kompleks Frontovoi Aviatsyi (Перспективный авиационный комплекс фронтовой авиации dalam Bahasa Rusia) yang bermaksud Sistem Pesawat Prospektif Penerbangan Barisan Hadapan. Ia sedang dibangunkan oleh Sukhoi OKB, yang mana kod rujukan projek dalamannya adalah T-50. Pembangunan PAK FA adalah bertujuan untuk mengantikan pesawat-pesawat MiG-29 Fulcrum dan Su-27 Flanker di dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Rusia. Pesawat ini telah membuat penerbangan sulung pada 29 Januari, 2010 dan dijangka akan memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Rusia pada tahun 2013. PAK FA telah direka untuk bersaing dengan pesawat F-22 Raptor dan F-35 Lightning II, yang mana merupakan jet pejuang generasi ke-5 di dunia.