Sukhoi Su-30MKM
| Sukhoi Su-30MKM | |
|---|---|
|
| |
| Peranan | Pesawat tempur pelbagai peranan |
| Pengeluar | Sukhoi |
| Diperkenalkan | 18 Jun 2007 |
| Pengguna utama | Tentera Udara Diraja Malaysia |
| Jumlah dibina | 18 unit beroperasi |
| Dibangunkan dari | Sukhoi Su-30MKI |
| Kelainan | Sukhoi Su-30 Sukhoi Su-30MKI |
Sukhoi Su-30MKM merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan tercanggih generasi ke-4.5, terbitan daripada pesawat Sukhoi Su-30MKI buatan Rusia, yang berada dalam pegangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-12 dan ke-11 Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpangkalan di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Besut Terengganu, Pangkalan TUDM Gong Kedak juga amat menarik kerana pangkalan ini terletak di antara sempadan Kelantan dan Terengganu