Pangkalan TUDM Gong Kedak
| Gong Kedak Airfield, Kelantan and Terengganu | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan (dan Terengganu) | |||||||||||
Su-30MKM beroperasi di RMAF Gong Kedak | |||||||||||
| Maklumat umum | |||||||||||
| Jenis | Tentera | ||||||||||
| Pengendali | Tentera Udara Diraja Malaysia | ||||||||||
| Lokasi | Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia dan Beris Pak Abu, Terengganu, Malaysia | ||||||||||
| Koordinat | 05°47′56″N 102°29′25″E / 5.79889°N 102.49028°E | ||||||||||
| Ciri-ciri | |||||||||||
| Ketinggian AMSL | 6.1 m / 20.0 ft | ||||||||||
| Landasan terbang | |||||||||||
| |||||||||||
| Peta | |||||||||||
WMGK WMGK WMGK (Terengganu) WMGK WMGK (Semenanjung Malaysia) WMGK WMGK (Malaysia) WMGK WMGK (Asia Tenggara) WMGK WMGK (Asia) | |||||||||||
| Catatan kaki | |||||||||||
Sumber: AIP Malaysia dan DAFIF | |||||||||||
| sunting · sunting di Wikidata | |||||||||||
Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan (dan Terengganu) (IATA: -, ICAO: WMGK) adalah sebuah lapangan terbang tentera yang yang unik kerana lokasinya yang terletak di dalam dua buah negeri di Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu. Secara amnya pangkalan udara ini terletak di bandar Gong Kedak Pasir Puteh, Kelantan, namun ia juga mengambil kawasan Beris Pak Abu, Terengganu.
Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan merupakan pangkalan udara yang tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pangkalan ini menempatkan Skuadron Penerbangan iaitu No. 12 Squadron Su-30 MKM, Selain No. 321 Skuadron.
Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan terletak pada kedudukan latitud N05* 47.9103', longitud E102* 29.3228' pada ketinggian 6.10 meter dari aras laut. Jarak untuk ke Bandar Jerteh lebih kurang 10 km manakala ke pekan Kuala Besut sejauh 12 km dan ke Bandar Pasir Puteh sejauh 16 km melalui pintu utama jalan sempadan Negeri Terengganu/Kelantan.