Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2024
| Bandar tuan rumah | Gangwon, Korea Selatan |
|---|---|
| Cogan kata | Grow Together, Shine Forever (Korea: 함께할 때 빛나는 우리) |
| Penyertaan negara | 78 |
| Penyertaan atlet | 1,803 |
| Acara | 81 acara dalam 7 sukan (15 disiplin) |
| Upacara pembukaan | 19 Januari 2024 |
| Upacara penutupan | 1 Februari 2024 |
| Pembukaan dirasmikan oleh | Presiden Yoon Suk-yeol |
| Penyala obor | Lee Jeong-min |
| Stadium utama | Gangneung Oval dan Yongpyong Dome (pembukaan) Pentas Olimpik Gangwon (penutupan) |
| Laman sesawang | https://olympics.com/en/gangwon-2024/ |
Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2024 atau Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2024 (Korea: 2024년 동계 청소년 올림픽, rumi: 2024nyeon Donggye Cheongsonyeon Ollimpik), secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk IV dan biasa dikenali sebagai Gangwon 2024 (Korea: 강원 2024), ialah acara pelbagai sukan musim sejuk, festival kebudayaan dan edisi keempat Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk yang diadakan antara 19 Januari dan 1 Februari 2024 di Wilayah Gangwon, Korea Selatan.