Sukan Olimpik Remaja Musim Panas 2018

Sukan Olimpik Remaja Musim Panas III
Bandar tuan rumahBuenos Aires, Argentina
Penyertaan negara206
Penyertaan atlet3,997
Acara239 dalam 32 sukan
Upacara pembukaan6 Oktober
Upacara penutupan18 Oktober
Pembukaan dirasmikan olehPresiden Mauricio Macri
Penyala oborSantiago Lange dan Paula Pareto
Stadium utamaParque Polideportivo Roca

Sukan Olimpik Remaja Musim Panas 2018 atau Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2018 (Sepanyol: Juegos OlĂ­mpicos de la Juventud de 2018) secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik Remaja Musim Panas III, dan biasanya dikenali sebagai Buenos Aires 2018 merupakan sebuah temasya antarabangsa sukan, budaya, dan pendidikan antarabangsa yang diadakan di Buenos Aires, Argentina antara 6 dan 18 oktober tahun 2018. Ia merupakan temasya Sukan Olimpik Remaja Musim Panas pertama diadakan di luar Asia (juga pertama di Hemisfera Selatan dan Barat ) serta Sukan Olimpik Pemuda pertama umumnya diadakan di luar Eurasia. Ia adalah temasya Sukan Olimpik kedua yang diadakan di Amerika Selatan setelah berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.