Sukan Komanwel 2006

Sukan Komanwel XVIII
Bandar tuan rumahMelbourne, Victoria, Australia
Cogan kataUnited by the moment
Penyertaan negara71
Penyertaan atletLebih kurang 4,500
Acara247 dalam 16 sukan
Upacara pembukaan15 Mac 2006
Upacara penutupan26 Mac 2006
Pembukaan dirasmikan olehHM Ratu Elizabeth II
Penutupan dirasmikan olehHRH Earl Wessex
Pembaca ikrar atletAdam Pine
Queen's Baton Final RunnerJohn Landy
Stadium utamaMelbourne Cricket Ground

Sukan Komanwel 2006, secara rasminya Sukan Komanwel XVIII, telah diadakan di Melbourne, Victoria, Australia di antara 15 dan 26 Mac 2006. Ia merupakan acara sukan terbesar pernah diadakan di Melbourne, mengatasi Sukan Olimpik Melbourne 1956 dalam aspek jumlah penyertaan pasukan, atlet bersaing, dan acara yang dipertandingkan.

Tapak untuk upacara pembukaan dan penutupan adalah di Melbourne Cricket Ground yang turut digunakan semasa Sukan Olimpik Melbourne 1956. Maskot untuk temasya ini ialah Karak, sejenis Kakaktua Hitam Ekor Merah (satu spesies terancam).

Untuk kali pertama, Sukan Komanwel Melbourne 2006 melantik Rakan Muhibah, Plan International Australia.