Sukan Asia 2022

Sukan Asia XIX
Bandar tuan rumahHangzhou, Zhejiang, China
Cogan kataHeart to Heart, @Future
(Cina: 心心相融,@未来)
(Melayu: Dari Hati ke Hati, @Masa Depan)
Acara481 dalam 40 sukan (61 disiplin)
Upacara pembukaan23 September 2023
Upacara penutupan8 Oktober 2023
Pembukaan dirasmikan olehXi Jinping
Presiden China
Penutupan dirasmikan olehRandhir Singh
Pemangku presiden Majlis Olimpik Asia
Pembaca ikrar atletZheng Siwei
Sun Yingsha
Penyala oborWang Shun
Stadium utamaStadium Taman Sukan Hangzhou
Laman sesawangwww.hangzhou2022.cn
Musim Panas
Musim Sejuk

Sukan Asia 2022 (Bahasa Cina: 2022年亚洲运动会pinyin: Èr líng èr èr nián Yàzhōu Yùndònghuì), secara rasminya Sukan Asia ke-19 (Bahasa Cina: 第十九届亚洲运动会pinyin: Dì Shíjiŭ Jiè Yàzhōu Yùndònghuì) juga dikenali sebagai Hangzhou 2022 (Cina: 杭州2022; pinyin: Hángzhōu Èr líng èr èr), ialah acara pelbagai sukan benua yang diadakan dari 23 September hingga 8 Oktober 2023 di Hangzhou, China. Temasya sukan itu menandakan ulang tahun ke-110 sejak penciptaan acara benua pertama, bermula dengan Sukan Kejohanan Timur Jauh 1913.

Pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 25 September 2022, pada 6 Mei 2022 Sukan telah ditunda ke 2023 kerana pandemik COVID-19. Tarikh baharu diumumkan pada 19 Julai 2022. Hangzhou ialah bandar China ketiga yang menjadi tuan rumah Sukan Asia, selepas Beijing pada 1990 dan Guangzhou pada 2010.