Suhaimi Saad

Suhaimi Saad
Kelahiran
Mohd Suhaimi bin Saad

(1980-10-12)12 Oktober 1980
Meninggal dunia15 November 2023(2023-11-15) (umur 43)
Sebab kematianJangkitan kuman pada paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung FELCRA Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor
Nama lain
  • Suhaimi In-Team
  • Mosus
  • SS
  • Mie
PendidikanJurusan Bahasa Arab
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik
Tahun aktif2000โ€“2021
PasanganIna Naim (k. 2007โ€“2023)
Anak-anakEhmad Hadie Elfardie
Sallman Elkhoyri
Phyrosh Elfadwah
Nur Layla Elghufrony
Kerjaya muzik
GenreNasyid
Alat muzikSuara
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
Laman web rasmihttps://instagram.com/mosusofficial

Mohd Suhaimi Saad (12 Oktober 1980 โ€“ 15 November 2023) merupakan seorang bekas penyanyi nasyid Malaysia. Beliau merupakan bekas anggota kumpulan In-Team dari 2000 sehingga 2005. Pada tahun 2005, beliau meninggalkan In-Team untuk kembali bernaung di bawah label Hijjaz Records dan sejak itu, beliau telah bergerak di bawah pengurusan sendiri iaitu Karya Mosus. Pada tahun 2021, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai penyanyi nasyid dan tidak mahu dikenali dengan gelaran ustaz serta merta.