Succession (siri TV)
| Succession | |
|---|---|
| Genre |
|
| Pencipta | Jesse Armstrong |
Dibintangi oleh |
|
| Penggubah | Nicholas Britell |
| Negara asal | AS |
| Bahasa | Inggeris |
| Bilangan musim | 4 |
| Bilangan episod | 39 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit |
|
| Penyunting |
|
| Lokasi |
|
| Sinematografi |
|
Pemasangan kamera | Single camera |
| Tempoh siaran | 56–70 minutes |
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | Warner Bros. Television Distribution |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | HBO |
| Format gambar | 1080i (HDTV) |
| Format audio | 5.1 surround |
| Siaran asal | 3 Jun 2018 – present |
| Laman sesawang | |
Succession ("Pewarisan") merupakan sebuah siri televisyen drama komedi hitam satira Amerika Syarikat ciptaan Jesse Armstrong yang mula ditayangkan di HBO pada 3 Jun 2018. Siri ini mengisahkan keluarga Logan Roy (lakonan Brian Cox) yang memiliki konglomerat media dan hiburan global Waystar RoyCo dan para ahli keluarganya saling bersaing mendapatkan perhatian dan kekuasaan ke atas syarikat itu di tengah-tengah ketidakpastian tentang kesihatan bapa mereka. Siri ini telah diperbaharui untuk musim keempat.
Antara pelakon siri ini ialah Jeremy Strong sebagai Kendall, Kieran Culkin sebagai Roman, dan Sarah Snook sebagai Siobhan ('Shiv'), anak Logan yang bekerja di syarikat itu. Matthew Macfadyen pula membintangi siri ini sebagai Tom Wambsgans, suami Shiv dan eksekutif Waystar; Nicholas Braun sebagai Greg Hirsch, cucu saudara Logan juga bekerja di syarikat itu; Alan Ruck sebagai Connor, anak sulung Logan; dan Hiam Abbass sebagai Marcia Roy iaitu isteri ketiga dan semasa Logan. Peter Friedman, Natalie Gold, dan Rob Yang turut membintangi, manakala Dagmara Domińczyk, Arian Moayed, J. Smith-Cameron, Justine Lupe, David Rasche, dan Fisher Stevens tampil dalam peranan berulang sebelum dinaikkan sebagai pelakon utama.
Succession telah meraih banyak pujian secara meluas oleh para pengulas atas penulisannya, lakonan, skor muzik, nilai produksi, dan pemeriksaan subjeknya. Siri ini telah menerima beberapa anugerah dan pencalonan, termasuk Anugerah Televisyen Akademi British untuk Program Antarabangsa Terbaik, Anugerah Golden Globe untuk Siri Televisyen Terbaik – Drama, dan dua kemenangan Anugerah Emmy Waktu Perdana untuk Siri Drama Cemerlang. Cox dan Strong menerima Golden Globe untuk Pelakon Terbaik – Drama Siri Televisyen, dengan Strong dan Macfadyen menerima Anugerah Emmy Primetime untuk persembahan mereka – sebagai tambahan kepada tiga kemenangan Armstrong untuk Penulisan Cemerlang untuk Siri Drama.