Will Ferrell

Will Ferrell
Ferrell pada 2012
Kelahiran
John William Ferrell

(1967-07-16) 16 Julai 1967
Pusat pendidikanUniversiti California Selatan (BA)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pelawak
  • penerbit
  • penulis
  • ahli perniagaan
Tahun aktif1991–kini
PasanganViveca Paulin (k. 2000)
Anak-anak3

John William Ferrell (/ˈfɛrəl/; lahir 16 Julai 1967) ialah seorang pelakon, pelawak, penulis dan ahli perniagaan Amerika Syarikat. Beliau mencipta nama pada pertengahan 1990-an sebagai pelakon dalam siri komedi sketsa NBC Saturday Night Live, dan seterusnya muncul dalam filem-filem komedi seperti Anchorman: The Legend of Ron Burgundy (2004), Talladega Nights (2006), Step Brothers (2008), The Other Guys (2010) dan Anchorman 2: The Legend Continues (2013), yang salah satunya ditulis bersama rakan pelawak Adam McKay. Mereka berdua juga mengasaskan laman web Funny or Die pada 2007. Filem-filem lakonan beliau yang lain termasuk Elf, Old School (kedua-duanya 2003), Blades of Glory (2007), Daddy's Home (2015), dan filem animasi Megamind (2010) dan The Lego Movie (2014).