Substrat (biologi)
Dalam bidang biologi, substrat ialah permukaan di mana hidupnya organisma (seperti tumbuhan, kulat atau haiwan). Antara substrat termasuk bahan biotik atau abiotik, dan haiwan. Sebagai contoh, alga yang hidup menyelaputi batu (iaitu substratnya) boleh menjadi substrat untuk haiwan yang hidup di atas alga itu sendiri. Substrat lengai digunakan sebagai bahan sokongan tumbuh dalam penanaman hidroponik tumbuhan. Dalam biologi, substrat sering diaktifkan oleh proses nanoskopik yang dipanggil "presentasi substrat".