Subrahmanyan Chandrasekhar

Subrahmanyan Chandrasekhar FRS (Tamil: சுப்பிரமணியன் சந்திரசேகர்; listen; 19 Oktober 1910 – 21 Ogos 1995) merupakan seorang ahli astrofizik. Beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik bersama William A. Fowler pada tahun 1983 atas "kajian-kajian teori proses fizik mengenai kepentingan struktur dan evolusi bintang". Perkiraan matematiknya mengenai perubahan beransur bentuk najam (stellar evolution) banyak melahirkan model teori terbaik mengenai tahap evolusi bintang gergasi dan lohong hitam.