Pierrot (syarikat)

Pierrot Company, Ltd.
Nama asli株式会社ぴえろ
Nama rumiKabushiki-gaisha Piero
Jenis/bentuk sahKabushiki gaisha
IndustriMedia dan Hiburan
DitubuhkanMei 1979 (1979-05)
Ibu pejabatMitaka, Tokyo, Jepun
KeluaranAnime, filem, televisyen, OVA, permainan video
Anak syarikatStudio Signpost
Tapak weben.pierrot.jp
sunting · sunting di Wikidata

Pierrot Co., Ltd. (株式会社ぴえろ, Kabushiki-gaisha Piero) merupakan sebuah studio animasi Jepun yang ditubuhkan pada Mei 1979 oleh bekas pekerja Tatsunoko Production dan Mushi Production. Ibu pejabatnya terletak di Mitaka, Tokyo. Pierrot terkenal dengan beberapa siri anime yang terkenal di seluruh dunia, seperti Naruto, Bleach, Yu Yu Hakusho, Black Clover, Boruto: Naruto Next Generations, Tokyo Ghoul, dan Great Teacher Onizuka.

Syarikat ini berlogokan muka badut. Pierrot merupakan perkataan bahasa Jepun bagi badut, iaitu petikan daripada watak prosa klasik bernama Pierrot.

Yu Yu Hakusho dan Saiyuki, dua siri anime syarikat itu, masing-masing memenangi Anugerah Grand Prix Anime Animage pada tahun 1994 dan 1995, dan 2000.