Boruto: Naruto Next Generations
| Boruto: Naruto Next Generations | |
| BORUTO -NARUTO NEXT GENERATIONS- | |
|---|---|
| Genre | Pengembaraan, fantasi |
| Manga | |
| Pengarang |
|
| Ilustrasi | Mikio Ikemoto |
| Penerbit | Shueisha |
| Penerbit Lain | |
| Demografik | Shōnen |
| Pencetakan | Jump Comics |
| Majalah Asal |
|
| Tarikh Pengeluaran | 9 Mei 2016 – kini |
| Jilid | 25 |
| Siri televisyen anime | |
| Pengarah |
|
| Penerbit |
|
| Skrip/Penulis |
|
| Lagu/Muzik |
|
| Studio | Pierrot |
| Dilesenkan oleh | |
| Penyiaran Asal | TXN (TV Tokyo) |
| Penyiaran bahasa Inggeris | |
| Tarikh tayangan | 5 April 2017 – kini |
| Episod | 293 |
| Filem anime | |
Boruto: Naruto Next Generations ialah siri manga Jepun yang ditulis oleh Ukyō Kodachi dan Masashi Kishimoto, dan diilustrasikan oleh Mikio Ikemoto. Ia memulakan pensirian bulanan dengan Kodachi sebagai penulis dan Kishimoto sebagai penyelia penyuntingan dalam majalah manga shōnen Shueisha, Shōnen Jump Mingguan, pada bulan Mei 2016 dan telah dipindahkan ke majalah bulanan Shueisha, V Jump, pada Julai 2019. Pada November 2020 Kodachi berundur, dengan Kishimoto mengambil alih sebagai penulis. Boruto ialah cerita ranting dan sekuel Naruto oleh Kishimoto, yang mengikuti eksploitasi anak lelaki Naruto Uzumaki, Boruto Uzumaki, dan pasukan ninjanya.
Boruto berasal dari cadangan Shueisha kepada Kishimoto untuk membuat sekuel kepada Naruto. Walau bagaimanapun, Kishimoto menolak tawaran ini dan mencadangkan bekas pembantunya Mikio Ikemoto untuk melukisnya; penulis filem Boruto: Naruto the Movie pula iaitu Ukyō Kodachi mencipta plot. Manakala Kodachi dan Ikemoto bertanggungjawab ke atas manga. Adaptasi siri televisyen anime mula disiarkan di TV Tokyo pada 5 April 2017. Tidak seperti manga, yang bermula sebagai penceritaan semula filem Boruto, anime bermula sebagai prekuel yang ditetapkan sebelum Boruto dan rakan-rakannya menjadi ninja dalam arka cerita kemudiannya. Satu siri novel ringan juga telah ditulis.
Prakuel anime Pierrot juga mendapat pujian kerana penggunaan kedua-dua watak baharu dan lama, tetapi naratif manga itu diperhatikan lebih serius kerana ia lebih memfokuskan kepada protagonis. Shueisha telah menghantar sejuta salinan siri manga itu setakat Januari 2017.