Kekisi Bravais

Dalam geometri dan kristalografi, kekisi Bravais, dinamakan sempena Auguste Bravais, merupakan satu set tidak terhingga bagi titik yang dijanakan oleh satu set operasi peralihan deskrit. Sesuatu hablur terdiri daripada satu atau lebih atom (asas) yang diulangi pada setiap titik kekisi. Hablur itu kemudiannya kelihatan sama dari mana-mana titik kekisi. Pada keseluruhannya, terdapat 14 kekisi Bravais yang mungkin yang mengisi ruang tiga matra. Berkaitan dengan kekisi Bravais adalah kumpulan titik Kristalografi yang terdapat 32 dan Kumpulan ruang yang terdapat 230.