Stik penggantung

Daging lembu
JenisStik 
sunting ยท sunting di Wikidata

Stik penggantung ialah potongan stik lembu yang dikatakan "bergantung" daripada diafragma lembu kasi. Daripada segi anatomi, diafragma merupakan satu otot tunggal tetapi ia biasanya dipisahkan menjadi dua potongan yang berasingan:

  • "stik penggantung" yang secara tradisi dianggap sebagai lebih sedap kerana ia lebih dekat dengan buah pinggang;
  • "stik skirt" luaran yang terdiri daripada otot di dalam diafragma dan lebih liat teksturnya.

Daging penggantung bersendi dengan tulang rusuk terakhir serta tulang belakang yang berhampiran dengan buah pinggang. Ia kelihatan seakan-akan stik lambung dan merupakan sepasang otot yang sedikit berbentuk V. Daging penggantung mempunyai satu selaput panjang yang tidak boleh dimakan pada bahagian tengahnya.