Stik

Stik (disebut [sték], serapan bahasa Inggeris: steak) adalah potongan besar daging yang disiapkan untuk memasak. Lazimnya daging lembu yang menjadi pilihan, namun daging ayam atau ikan juga seringkali digunakan. Kebanyakan stik dipotong menegak lurus dengan serat otot.

Stik biasanya dimasak dengan cara dipanggang ataupun digoreng.