Steven Chu

Steven Chu (Bahasa Cina: 朱棣文pinyin: Zhū Dìwén, lahir 28 Februari 1948) adalah seorang ahli fizik dan bekas pegawai kerajaan Amerika. Beliau terkenal dengan penyelidikannya di Bell Labs dan Stanford University mengenai penyejukan dan penangkap atom dengan cahaya laser, yang mana beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1997, bersama dengan Claude Cohen-Tannoudji dan William Daniel Phillips.