Claude Cohen-Tannoudji

Claude Cohen-Tannoudji (lahir 1 April 1933) ialah ahli fizik Perancis. Beliau berkongsi Hadiah Nobel dalam Fizik 1997 dengan Steven Chu dan William Daniel Phillips untuk penyelidikan dalam kaedah laser penyejukan dan memerangkap atom. Pada masa ini, beliau masih seorang penyelidik aktif, bekerja di École Normale Supérieure di Paris.