Stesen LRT Bank Rakyat-Bangsar
Permandangan stesen LRT Bank Rakyat-Bangsar. | |||||||||||
| Lokasi | Stesen Bangsar, Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
| Koordinat | 3°7′38″N 101°40′45″E / 3.12722°N 101.67917°E | ||||||||||
| Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
| Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||
| Sambungan | Rapid Bus: BET3, BET4, 750, 751, 772, 780, 781, 782, 821, 822, T850 | ||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||
| Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
| Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
| Kemudahan basikal | Tiada | ||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||
| Kod stesen | KJ16 | ||||||||||
| Sejarah | |||||||||||
| Dibuka | 1 September 1998 | ||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
| Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Bangsar (atau Stesen LRT Bank Rakyat Bangsar atas sebab penajaan) ialah stesen LRT yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.
Dahulunya dikenali sebagai Bangsar sejak memulakan operasinya pada September 1, 1998, stesen ini telah ditukarkan nama kepada Bank Rakyat-Bangsar selepas Bank Rakyat telah diberikan hak penamaan daripada Prasarana Malaysia. Stesen ini adalah antara tiga stesen pertama dibawah projek perintis Hak Penamaan Stesen sejak dilancarkan pada Oktober 2015.