Stenos

 

Stenos
Paleoglob Bumi sewaktu akhir tempoh Stenos, sekitar 1040 Ma
Kronologi
Templat:Stenian graphical timeline
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDitentuukur secara kronometrik
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA1991
Takrif sempadan atasDitentuukur secara kronometrik
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA1991

Stenos (daripada Bahasa Yunani Kuno: στενός, stenós, bermaksud "sempit") merupakan nama rasmi untuk tempoh geologi terakhir pada Era Mesoproterozoik dan berlangsung sejak 1200 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 1000 jtd. Berbanding penentuukuran berdasarkan kaedah stratigrafi, tarikh ini ditakrifkan secara kronometrik. Nama "Stenos" itu berasal daripada jaluran polimetamorf sempit yang terbentuk sepanjang tempoh ini. Ia didahului oleh tempoh Ektasis dan diikuti oleh tempoh Tonos pada era Neoproterozoik.

Semua daratan bercantum membentuk adibenua Rodinia semasa tempoh Stenos. Adibenua tersebut bertahan melangkaui tempoh Tonos sebelum berpecah sewaktu tempoh Kriogen.

Sewaktu tempoh ini juga berlakunya pembentukan Rekahan Keweenawan pada kira-kira 1100 Mya.

Fosil organisma tertua yang diketahui dengan ciri pembiakan berasaskan seks, iaitu Bangiomorpha pubescens, pertama kali muncul sewaktu tempoh Stenos.