Statin
| Statin | |
|---|---|
| Kelas ubat | |
Lovastatin merupakan statin pertama dipasarkan. | |
| Pengenal kelas | |
| Sinonim | perencat reduktase HMG-CoA |
| Kegunaan | Tahap kolesterol tinggi, penyakit jantung |
| Sasaran biologi | Reduktase HMG-CoA |
| Data klinikal | |
| Drugs.com | Drug Classes |
| Di Wikidata | |
Statin, juga dikenali sebagai perencat reduktase HMG-CoA, merupakan sejenis kelas ubat yang digunakan untuk keadaan perubatan seperti tahap kolesterol tinggi dan penyakit jantung. Ubatan ini digunakan untuk pencegahan penyakit jantung pada mereka yang berisiko tinggi, dan juga pada mereka yang mempunyai penyakit jantung yang telah dikenal pasti. Ubatan tersebut diambil melalui mulut.
Kesan sampingan yang selalu ditemui termasuklah sakit kepala, sembelit dan sakit perut. Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk kerosakan otot, masalah hati dan diabetes mellitus . Penggunaan ubatan tersebut tidak disyorkan untuk mereka yang mengandung atau menyusukan bayi. Ubatan tersebut merencat enzim reduktase HMG-CoA yang mengurangkan penghasilan kolesterol dan trigliserida.
Statin ditemui pada tahun 1971 dan lovastatin mula digunakan untuk tujuan perubatan pada tahun 1987. Sebilangan statin boleh didapati sebagai ubat generik dan agak murah. Ubatan tersebut merupakan ubat penurun kolesterol yang paling biasa ditemui. Pada tahun 2018 atorvastatin menjadi ubat yang paling banyak dipreskripsi di Amerika Syarikat dan simvastatin menjadi ubatan ke-10 yang paling banyak dipreskripsi kepada pesakit.