Komedi berdiri
Komedi berdiri atau komediri (bahasa Inggeris: stand-up comedy), juga komedi tunggal adalah suatu gaya komedi di mana pelawak membuat persembahan secara perbualan di hadapan khalayak ramai secara langsung di kawasan terbuka seperti panggung atau kafe. Pelawak sering kelihatan dalam keadaan berdialog namun sebenarnya mereka memonolog membawakan cerita, jenaka dan ungkapan tunggal dalam suatu "rutin" atau "set" - namun ada juga beberapa jurus yang mengharuskan mereka berinteraksi dengan penonton. Sesetengah pelawak berdiri menggunakan prop, muzik malah helah silap mata untuk meningkatkan mutu persembahan mereka.
Persembahan jenis ini berdiri dikatakan sebagai "bentuk penulisan komedi yang paling bebas" yang dianggap sebagai suatu "lanjutan" melebih dilakukan para penglibat dalam jenis persembahan ini.