Stadium Tuanku Abdul Rahman
| Stadium Tuanku Abdul Rahman | |
|---|---|
| Stadium Paroi "STAR of Paroi" | |
| Lokasi | Paroi, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia |
| Koordinat | 2.726359,101.982672 |
| Dibuka | 1992 |
| Diubahsuai | 2004 |
| Diperbesarkan | 2004 |
| Pemilik | Kerajaan Negeri Sembilan |
| Permukaan | Rumput |
| Kapasiti | 45,000 |
| Dimensi padang | 120m x 70m |
| Penyewa | |
| Negeri Sembilan ATM | |
Stadium Tuanku Abdul Rahman merupakan sebuah stadium serbaguna di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia terletak di Jalan Kedidi, Taman Paroi Jaya. Stadium ini kerap digunakan untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini mampu memuatkan 45,000 orang, di mana 5,000 untuk bahagian berbumbung dan 40,000 untuk bahagian tidak berbumbung . Stadium ini bersempena nama Yamtuan Besar kelapan dan Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman.