Stadium Centenario
| Stadium Centenario | |
|---|---|
| Nama penuh | Estadio Centenario |
| Lokasi | Montevideo, Uruguay |
| Koordinat | 34°53′40″S 56°9′10″W / 34.89444°S 56.15278°W |
| Pecah tanah | 21 Julai 1929 |
| Dibina | 1929–1930 (8 bulan) |
| Dibuka | 18 Julai 1930 |
| Pemilik | Jabatan Kerajaan Montevideo |
| Pengendali | AUFI |
| Permukaan | Rumput |
| Kos pembinaan | $ 1,000,000 |
| Arkitek | Juan Antonio Scasso |
| Kapasiti | 76.609 |
| Rekod kehadiran | 93,000 (Uruguay-Yugoslavia, 27 Julai 1930) |
| Dimensi padang | 105 x 68 m |
| Penyewa | |
| Pasukan bola sepak Uruguay | |
Stadium Centenario merupakan sebuah stadium yang terletak di kawasan Montevideo, Uruguay. Stadium ini selalunya digunakan untuk perlawanan bola sepak. Ianya telah dibina di antara tahun 1929 dan 1930 dan merupakan salah satu stadium yang digunakan untuk perlawanan Piala Dunia FIFA 1930. Stadium ini telah disenaraikan oleh FIFA sebagai salah satu stadium bola sepak klasik, bersama-sama dengan Stadium Maracanã, Stadium Wembley, Stadium San Siro, Stadium Azteca dan Stadium Santiago Bernabéu.
Stadium ini merupakan stadium keramat bagi pasukan bola sepak Uruguay kerana mereka jarang kalah apabila perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan diadakan di sini.